PRN Johor tidak wajar diadakan – Pembela

0
30

CYBERJAYA – Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menganggap Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan sebagai sesuatu yang tidak perlu dan tidak wajar.

Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengambil kira kepentingan rakyat negeri sebelum mengambil keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ini lambang kebobrokan sistem politik hari ini yg dambakan kuasa tanpa melihat penderitaan yang rakyat alami akibat pandemik dan banjir.

“Bagi saya, ia (bubarkan DUN) satu yang tidak perlu pada ketika ini kerana merugikan masa dan tenaga,” kata Aminuddin, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Forum Gerak Cinta Watan di Dewan Besar Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch, di sini hari ini.

Tambah Aminuddin, kebarangkalian Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) diadakan pada tahun ini juga menyebabkan PRN Johor tidak sepatutnya diadakan.

“Kita semua ambil maklum, bahawa kemungkinan PRU-16 (Pilihan Raya Umum Ke-16) mungkin diadakan tahun ini, jadi sela masa antara keduanya adalah singkat.

“Ini semua merugikan,” tambah Aminuddin.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad mengesahkan PRN di negeri itu akan diadakan dalam waktu terdekat ini setelah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here