PRN Johor: UMNO sasar bertanding 42 kerusi

0
17
MOHAMAD HASAN

KUALA LUMPUR – UMNO menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun perbincangan dengan parti komponen lain masih belum diadakan, namun itu sasaran parti setakat itu.

“Kita lihat minimum 42 kerusi, untuk UMNO sahaja, 42 kerusi daripada 56,” kata Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas menghadiri kes melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mohamad kemudiannya menegaskan UMNO perlu terus bersedia dengan memberikan tumpuan kepada pengundi muda sambil mengakui sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku dalam PRN Johor nanti.

“Untuk Johor, ada lebih 700,000 (pengundi baharu). Semua orang perlu bekerja keras termasuk UMNO.

“Ini bukan kerja mudah untuk UMNO. Kita tak tahu apa yang akan berlaku,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here