Raja Bomoh didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh

0
25
IBRAHIM Mat Zin (dua dari kanan) hadir di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh bagi menghadapi dua pertuduhan hari ini. Gambar Utusan Online

KUALA LUMPUR – Ibrahim Mat Zin yang popular dengan gelaran Raja Bomoh hari ini dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 dan Seksyen 16 Enakmen sama kerana mengingkari Fatwa Jabatan Mufti Perak.

Turut didakwa seorang wanita berusia 71 tahun yang memperkenalkan diri sebagai ‘Puteri Zaleha’ dalam video melakukan ritual menolak banjir di Teluk Intan baru-baru ini.

Di bawah seksyen 14, mereka yang memperseda akan amalan atau upacara yang berkaitan agama Islam adalah suatu kesalahan yang boleh disabitkan dengan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Raja Bomoh dilihat hadir memakai sut hitam dan bersongkok berada di pekarangan mahkamah sekitar jam 11 pagi ini, (1 Januari), lapor Sina Harian.

Kedua-dua mereka didakwa selepas melakukan satu ritual menolak musibah banjir dengan menggunakan bahan-bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun-daun kayu. Turut kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan kitab suci al-Quran.

Video berdurasi 25 minit yang tular di Facebook itu memperlihatkan Raja Bomoh bersama seorang wanita dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ membuat ritual tepung tawar dipercayai untuk menolak kejadian banjir.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kelmarin membuka kertas siasatan terhadap Raja Bomoh mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here