Remaja ‘jenazah’ terlepas hukuman penjara, diganti dengan khidmat masyarakat 120 jam

0
28

Daniel Iskandar ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi hari ini

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi hari ini mengenepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap Daniel Iskandar, 19.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Selayang menjatuhkan hukuman itu terhadap Daniel yang videonya tular apabila terpaksa menjadi ‘jenazah’ sebelum ini.

Keputusan berkenaan sekali gus membolehkan Daniel mempunyai rekod bersih daripada segala hukuman berkenaan.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman dalam penghakimannya hari ini, menggantikan kepada khidmat masyarakat selama 120 jam dalam tempoh enam bulan.

“Pesalah (Daniel) perlu melaporkan diri kepada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini dan hadir mengikut jadual dan mematuhi setiap aktiviti.

“Kerja khidmat masyarakat itu dikhususkan di masjid,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here