Saintis kesan varian Deltacron

0
49
Gambar hiasan.

CYPRUS – Satu lagi varian Covid-19 yang dipercayai gabungan antara varian Delta dan Omicron ditemui kumpulan Saintis di Cyprus.

Setakat ini Saintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul negqra itu elah mengesan 25 individu yang dijangkiti varian yang dinamakan Deltacron itu.

Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis berkata, jangkitan dari varian baharu itu dipercayai menggabungkan varian Omicron dan Delta.

Mereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital, lapor media antarabangsa.

Para saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit yang dijangkiti varian tersebut iaitu konjunktivitis atau ‘pink eye’ dan keguguran rambut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here