Sambutan Hari Agama Sedunia bertentangan ajaran Islam

0
327
Idris Harun.

CYBERJAYA – Sambutan Hari Agama Sedunia yang ditularkan melalui poster di media sosial hari ini tidak wajar disambut oleh umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, sambutan itu bertentangan dengan prinsip ajaran Islam yang hanya memperakui agama itu sebagai satu-satunya agama yang benar.

“Tiada istilah berkenaan Perayaan Hari Agama Sedunia.

“Teruslah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan teruskanlah juga mengukuhkan keimanan untuk menjadi hamba Allah yang taat,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

poster berkenaan sambutan Hari Agama Sedunia yqng tular di media sosial hari ini.

Terdahulu, tular satu poster Selamat Menyambut Hari Agama Sedunia yang dikongsi akaun Akademi Dr Har dengan memetik ayat 13 surah al-Hujurat.


Tindakan itu menerima bantahan pelbagai pihak termasuk tokoh agama yang menegaskan perkara itu tidak seharusnya berlaku di negara ini.

Antara tokoh yang menentang sambutan tersebut ialah Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim;  Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Dr. Kamilin Jamilin dan Pakar Akidah, Dr. Aizam Mas’ud.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here