SC dapati Azam Baki kawal penuh akaun dagangan miliknya

0
111
AZAM BAKI

CYBERJAYA – Siasatan Suruhanjaya Sekuriti (SC) terhadap akaun dagangan milik Tan Sri Azam Baki mendapati beliau adalah pemegang akaun yang dinamakan dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan tersebut.

Kata SC, berdasarkan bukti bebas yang dikumpulkan, Azam juga mengendalikan akaun yang dibukanya kerana beliau telah memberi arahan untuk membeli, menjual dan memindahkan sekuriti daripada akaun tersebut.

Oleh kerana itu, SC membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran Seksyen 25(4) daripada Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991, katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai penjelasan lanjut kepada kenyataan yang dibuat oleh SC, semalam.

Dalam kenyataan semalam, pengawal selia kewangan negara itu memaklumkan, ia tidak dapat memastikan secara muktamad jika berlaku pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA telah berlaku dalam akaun dagangan membabitkan Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Menurutnya, remit pengaturan SC tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Sicda).

“Siasatan ini untuk memastikan sama ada berlaku kemungkinan perlanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), yang memperuntukkan bahawa akaun dagangan mesti dibuka atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa.

“Selain itu, Seksyen 25(4) SICDA menetapkan bahawa semua urus niaga sekuriti hanya boleh dilakukan oleh pemilik manfaat sekuriti atau penama yang dibenarkan,” kata SC lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here