Seorang ADUN Perak ditahan positif dadah

0
68
Polis

BUTTERWORTH – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perak ditahan polis semalam selepas didapati positif dadah.

ADUN tersebut yang berusia 54 tahun ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Perai Jaya di sini, lapor Malaysia Gazette.

Serbuan pada pukul 11.45 malam itu dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Menurut laporan itu, selain ADUN tersebut pihak polis turut menahan dua anggota polis masing-masing dari Kontinjen Pulau Pinang serta Perak selepas didapati positif dadah.

Secara keseluruhan 48 individu berusia lingkungan 21 hingga 70 ditahan dalam serbuan berkenaan dan daripada tangkapan itu 36 individu berkaitan kes narkotik manakala 12 lagi kes jenayah.

Sementara itu, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad ketika dihubungi portal berita itu mengesahkan tangkapan ADUN tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here