
CYBERJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 28,287 mangsa bencana banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) oleh kerajaan persekutuan.
Perdana Menteri berkata, jumlah itu asalah setakat pukul 12 tengah hari tadi.
“Bagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat ini, boleh segera menghubungi Pegawai Daerah anda untuk bantuan segera oleh kerajaan,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Twitter sebentar tadi.
Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan peruntukan sehingga RM10,000 disediakan untuk meringankan beban mangsa banjir:⠀
⠀
Selain BWI kerajaan turut menyediakan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa, aumbangan pembelian barang keperluan sejumlah RM2,500 bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan atau peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air.
Turut disediakan ialah bantuan baik pulih rumah sehingga RM5,000 bagi membaik pulih rumah yang terjejas manakala bagi kerosakan serius, kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah⠀
Pada masa sama, turut disediakan ialah rebat lembelian barangan elektrik sebanyak RM500, rebat bil elektrik 100 peratus bagi bulan Disember, diskaun baik pulih kenderaan, rebat baik pulih atau penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir.-MT