Setiausaha Politik PM buat laporan polis terhadap 3 portal berita

0
105
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Anuar Mohd Yunus ketika bercakap kepada media selepas selesai membuat laporan polis hari ini.Gambar- UMNO ONLINE

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis terhadap tiga portal berita kerana membuat laporan serta menyiarkan berita palsu.

Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus berkata, laporan polis dibuat terhadap tiga portal berita iaitu Agendadaily, The Malaysia Life dan Dialograkyat. Blog berhubung berita palsu yang disiarkan semalam.

Beliau berkata, artikel di portal Agendadaily yang bertajuk “Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, rayu jangan tarik sokongan” yang disiarkan pada 30 Januari 2022 adalah palsu dan tidak tepat.

Katanya, berita berkenaan diulang siar oleh The Malaysia Life dengan tajuk “Ismail rayu jangan tarik sokongan, bimbang jadi PM paling singkat dari Muhyiddin dan Dialograkyat.Blog bertajuk “Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan”

“Laporan itu mendakwa kononnya Ismail Sabri bimbang menjadi Perdana Menteri paling singkat berbanding Muhyiddin adalah fitnah. Laporan itu mengandungi kenyataan palsu dan adalah fitnah jenayah berkaitan kenyataan Perdana Menteri

“Ketiga-tiga portal ini dengan sengaja dan tidak beretika telah membuat laporan yang salah dengan niat jahat dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Mohamad Anuar berkata, laporan portal itu telah memanipulasi kenyataan sebenar Perdana Menteri ketika ditanya oleh pemberita pada satu majlis di Bera pada 29 Januari 2022 sedangkan pemberita dari ketiga-tiga portal tidak hadir pada majlis itu.

Selain itu katanya, laporan polis itu juga dibuat supaya pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan serius ke atas pemilik tiga portal berkenaan kerana memutar belitkan fakta, menyiar dan menyebarkan berita palsu sehingga menjatuhkan kredibiliti Ismail Sabri.

Dalam pada itu kata Mohamad Anuar, pihaknya tidak menuntut tiga portal itu tampil memohon maaf, sebaliknya mahu tindakan tegas perlu dikenakan ke atas mereka.

“Kita serah kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan, kalau kita minta mereka minta maaf hari ini, esok mereka buat lagi. Kita buat laporan polis dahulu. Selepas ini kita maklum kepada peguam untuk tindakan lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here