Siap sedia hadapi pertembungan Covid-19, penyakit pernafasan lain – WHO

0
37
DR. TEDROS

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa masyarakat dunia supaya bersiap sedia menghadapi ancaman serentak wabak Covid-19 dan penyakit pernafasan lain menjelang musim bunga nanti.

Xinhua melaporkan, gesaan itu dibuat oleh jurucakap Program Kecemasan Kesihatan WHO, Dr. Maria van Kerkhove, dalam satu taklimat media, semalam.

Menurut Dr. van Kerkhove, keadaan itu berlaku apabila pergaulan antara masyarakat meningkat, serta patogen sistem pernafasan lain seperti influenza merebak ketika musim bunga.

Lebih 15 juta kes baharu jangkitan Covid-19 di seluruh dunia telah dilaporkan pada minggu lepas, bilangan terbanyak kes dilaporkan dalam tempoh seminggu.

Peningkatan kes didorong oleh “varian Omicron yang pantas menggantikan Delta di hampir semua negara,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Sementara itu, jumlah kematian mingguan kekal stabil sejak Oktober tahun lalu, dengan purata 48,000.

Meskipun bilangan pesakit dimasukkan ke hospital meningkat di kebanyakan negara, ia tidak berada pada tahap seperti gelombang sebelum ini.

“(Ada) Kemungkinan varian Omicron tidak terlalu serius (berbanding varian lain) serta imuniti daripada vaksinasi yang semakin meluas atau jangkitan sebelum itu,” katanya.

“Sebagai penjelasan, varian Omicron menyebabkan simptom kurang serius (pada penghidapnya) berbanding (varian) Delta, namun tetap kekal sebagai virus berbahaya, terutamanya pada mereka yang tidak divaksinasi,” kata Dr. Tedros lagi.

Organisasi itu sentiasa memberi amaran bahawa jumlah kes yang tinggi bakal membebankan sistem kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here