SMK Balai Beringin terbakar, KPM janji ambil tindakan segera

0
18
Kebakaran yang melibatkan sebuah blok di SMK Balai Ringin awal pagi tadi

KUCHING – Sebuah blok pentadbiran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Ringin, Serian yang turut menempatkan bilik guru musnah dalam satu kebakaran pada awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi perkongsian dalam Facebook miliknya berkata, kementerian akan mendapatkan maklumat lengkap mengenai kerosakan dan mengambil tindakan susulan dengan segera.

“Saya sendiri pernah melawat ke sekolah ini ketika kunjungan ke Sri Aman, tahun lepas. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan bagi kejadian tersebut.

Datuk Dr Radzi Jidin

“KPM sedang mendapatkan maklumat lengkap mengenai kerosakan di sekolah tersebut dan mengambil tindakan susulan dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi berkata, pihaknya juga akan melakukan ikhtiar yang terbaik untuk warga SMK Balai Ringin.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here