Status vaksinasi JKJAV: Netizen persoal penafian KJ, dakwa maklumat terkini vaksinasi masih boleh diakses

0
147
Tangkap layar yang tersebar di media sosial sejak semalam berhubung status vaksinasi Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

CYBERJAYA – Meskipun menafikan dakwaan yang tular berhubung status vaksinasi, laman media sosial milik Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin terus ‘diserang’ oleh warga maya yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikannya itu.

Penjelasan yang diberikan oleh Khairy bahawa laman web yang memaparkan status vaksinasinya itu sebagai tidak tepat dan tidak dikemaskini sejak Oktober tahun lalu menimbulkan tanda tanya daripada orang ramai mengenai kesahihan maklumat yang dipaparkan itu.

Pemerhatian Malakat Tribune dalam laman Twitter Menteri Kesihatan itu mendapati terdapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Antaranya, terdapat warga maya yang mahukan Menteri Kesihatan itu memberikan bukti lain dan lebih kukuh seperti tangkap layar menerusi aplikasi MySejahtera.

Penafian oleh Khairy Jamaluddin menerusi laman Twitternya.

Ini kerana terdapat individu yang cuba memasukkan data dengan menggunakan laman web yang didakwa sebagai tidak aktif sejak Oktober tahun lalu berjaya mendapatkan maklumat terkini status vaksinasi.

Antara individu yang mendakwa status vaksinasinya masih boleh diakses meskipun diberitahu laman web berkenaan sudah tidak aktif

“Tapi YB, laman web JKJAV mula tidak aktif pada bulan 10 macam YB cakapkan. But you have already completed your vaccination way back in april, how come it wasn’t updated in the system? Was it a glitch of some sort?” soal seorang netizen dalam ciapan berkenaan.

“First dose 18/3/ 2021; second dose 8/4 2021; booster sept 2021. Laman web ini tidak lagi aktif dan dikemas kini sejak Okt 2021. Timeline macam tak kena je. Marhaen cucuk pagi ni 15 minit lepas tu update dalam MySejahtera,” komen seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, tidak kurang juga netizen yang mempersoalkan kewajaran laman web tersebut yang hanya berfungsi beberapa bulan sahaja sebagai satu pembaziran.

“Jadi YB, kalau website tak di update lagi sebab populasi vaccinated melebihi 90 peratus jadi website tu dah tak akan di pakai lagi ke lepas ni? So kos belanja ratus-ratus juta tu untuk website yang cuma dipakai dari April 2021 hingga November 2021 saja ke?” soal seorang netizen.

Sementara itu tinjauan Malakat Tribune di laman web JKJAV mendapati laman web itu tidak lagi aktif dan tidak lagi dikemaskini.

Menerusi satu pemberitahuan dalam laman web itu memberitahu bahawa laman web berkenaan tidak lagi aktif selepas lebih 90 peratus populasi Malaysia telah lengkap divaksinasi.

Menurut laman web JKJAV, orang ramai yang mahukan maklumat lanjut boleh melayari laman web www.covidnow.moh.gov.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here