
KUALA LUMPUR – Pendatang baharu kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL), Putrajaya Cyborg terus membuat kejutan apabila kali ini berjaya menewaskan pasukan Negeri Sembilan Antlers di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.
Putrajaya menang dengan keputusan 21-19, 19-21 dan 21-14.
Kemenangan itu merupakan yang kedua buat Putrajaya selepas menewaskan Johor Tigris Jumaat lalu.