Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor

0
28
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika menerima mengadap Menteri Besar Johor di Istana Bukit Serene hari ini

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor .

Ia sekaligus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk diadakan di negeri berkenaan.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad pada pukul 5 petang di Istana Bukit Serene di sini.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

Pada pertemuan itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran Dewan Negeri Johor.

Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here