Sultan Johor titah penjarakan fizikal solat jemaah dipendekkan kepada setengah meter

0
108
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menitahkan supaya penjarakan fizikal 1m bagi solat fardu dan Jumaat dikurangkan kepada setengah meter berkuat kuasa esok.

Baginda menitahkan demikian dalam satu paparan di akaun Facebook milik baginda.

Dalam paparan itu, baginda turut bertitah, program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah serta ceramah agama ditambah daripada sejam kepada tempoh tidak melebihi dua jam.

“Solat hajat hendaklah dilaksanakan selepas waktu Maghrib setiap hari dan selepas Jumaat setiap minggu di seluruh masjid serta surau di negeri ini untuk memohon dijauhkan daripada musibah melanda negeri dan negara ini,” kata kenyataan itu.

Titahnya, ahli jawatankuasa masjid dan surau hendaklah sentiasa memastikan jemaah yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Perubahan yang berkuat kuasa 7 Jan ini sehinggalah ke satu tarikh yang akan diumumkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Pada November tahun lalu, kerajaan Johor membentangkan cadangan SOP bagi membolehkan solat jemaah di masjid dan surau negeri itu dilakukan tanpa penjarakan fizikal.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi dipetik sebagai berkata, kertas cadangan itu dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim bagi mendapatkan perkenan baginda.

Beliau berkata, masyarakat Islam di Johor menimbulkan persoalan bila solat jemaah di masjid dan surau di negeri ini dapat kembali seperti dahulu, tanpa penjarakan fizikal selepas Johor memasuki Fasa 4 PPN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here