Sumareh tidak tolak panggilan tetapi Cheng Hoe pilih Arif Aiman

0
36
Sumareh dan Arif Aiman ketika menjalani latihan bersama JDT


KUALA LUMPUR- Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin tampil menjelaskan kenapa Mohamadou Sumareh tidak dapat beraksi dalam Piala AFF Suzuki 2020 pada bulan lalu.

Sebelum itu, Pengerusi Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya, Datuk Dell Akbar Khan memaklumkan pemain naturalisasi pertama negara itu menolak untuk wakili Malaysia.

Hamidin dalam sidang akhbar hari ini menafikan Sumareh menolak untuk wakili Harimau Malaya tetapi situasi yang dihadapi pemain naturalisasi itu sedikit rumit.

Katanya, Sumareh masih bersemangat untuk mewakili negara dalam Piala AFF 2020, cuma dia meminta untuk melapor diri lewat iaitu paling awal pun perlawanan kedua kerana ada masalah keluarga.

Tambah Hamidin, selepas perbincangan dengan Tan Cheng Hoe, mereka setuju bahawa, Malaysia tidak perlu memanggil Sumareh yang berdepan kesulitan untuk melapor diri ketika itu kerana masalah keluarga.

Akhirnya ketika itu, persetujuan dicapai untuk memanggil sahaja pemain yang sedang meningkat naik iaitu Arif Aiman.

“Saya nak jawab sikit isu tentang Sumareh. Saya harap saya punya kenyataan ini bukan dianggap sebagai kenyataan lepas tangan…yang benar is benarlah.”

“Sumareh telah berjumpa dengan saya dengan coach Tan (Cheng Hoe) beberapa hari sebelum kejohanan. Mungkin dia ada berjumpa dengan orang lain tapi mereka ni apabila mereka ada masalah besar, mereka akan berjumpa dengan saya sebagai orang yang terakhir selaku presiden memang tugas saya pun.”

“Jadi Tan (Cheng Hoe) jumpa balik dengan saya dalam beberapa hari, dalam 5 hari macam tu. dia (Cheng Hoe) kata  ‘Datuk…Sumareh datang nak berjumpa’.

“Dan lepas tu Sumareh datang berjumpa dengan saya dan Tan, dalam perbincangan tu, ada nak kata sesuatu yang peribadi berkaitan dengan keluarga dia kampung dia di Gambia. Sesuatu yang peribadi.

“Dia minta, boleh tak dia lewat datang untuk tiba pada game kedua, saya ingat, baru dia boleh sampai. Lebih kurang dalam masa tu la.”

“Jadi, saya bincang dengan Tan, dan saya cakap kepada Sumareh, kamu kena sertai pasukan daripada sekarang,” katanya.

Bagaimanapun kata Hamidin, selepas perbincangan itu, Cheng Hoe mengambil keputusan untuk tidak memyenaraikan Sumareh, sebaliknya memanggil Arif Aiman.

“Tan cakap dengan saya, ‘Datuk, kita tak payah ambik dia, kita ambil Arif Aiman’. Haa…tu la story dia, jadi tak payah nak elaborate lagi. Saya ni suka pandang ke depan .

“Jadi kita panggil Arif Aiman untuk menggantikannya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here