Syahmi Safari sah sertai JDT

0
18
Syahmi Safari

CYBERJAYA – Pemain pertahanan negara, Syahmi Safari secara rasmi diumumkan sebagai pemain baharu kelab bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan musim baharu bola sepak negara.

Dalam satu rakaman video selama seminit di laman rasmi Johor Southern Tigers hari ini, bekas pemain Selangor FC itu memilih kelab tersebut sebagai destinasi untuk meneruskan karier bola sepak profesionalnya.

“Saya kini berada di sini. Terdapat hanya satu destinasi dalam bola sepak Malaysia dan JDT adalah tempatnya.

“Saya tidak boleh menyatakan tidak kepada kelab terbesar di Malaysia. ini adalah cabaran. Cabaran untuk saya melangkah ke hadapan dan mencapai kejayaan sebagai pemain bola sepak,” kata anak kelahiran Kuala Selangor itu.

Syahmi, 23, dijangka bersaing hebat dengan dua lagi pemain kebangsaan iaitu Matthew Davies dan S Kunanlan untuk merebut posisi berkenaan.

Pada musim lalu, kedua-dua pemain tersebut bersilih ganti mengisi posisi berkenaan.

Selain beraksi sebagai pemain pertahanan kanan, pemain tersebut juga boleh diletakkan sebagai pemain pertahanan kiri seperti yang dilakukannya dalam skuad Harimau Malaya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here