
PUTRAJAYA – Tangga Putrajaya di Taman Putra Perdana, Presint 1 di sini menerima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).
Perbadanan Putrajaya (PPj) berkata, pengiktirafan MBOR itu sebagai Tangga Terpanjang Di Taman Awam dan Pemetaaan Pencahayaan Terbesar.
“PPj rangkul pengiktirafan kedua MBOR selepas berjaya melaksanakan Pemetaaan Pencahayaan Terbesar pada Tangga Terbuka dengan ukuran saiz 22M (W) x 19M (H) x 133M (D).
“Sijil disampaikan Sekretariat MBOR, Lee Pooi Leng kepada Naib Presiden Kanan PPj, Datuk adlun Mak Ujud semalam di Tangga Putrajaya, Presint 1,” kata di PPj di laman Faceboonya.
Pemetaan cahaya Tangga Putrajaya pada setiap malam bermula 26 Januari lalu hingga 28 Februari, simbolik untuk meraikan Hari Wilayah Persekutuan 2022.
Tangga Putrajaya dibuka 5 Januari lalu, berketinggian 30 meter dan mempunyai 250 anak tangga.
Pengiktirafan terhadap ikonik baharu itu menyerlahkan lagi kedudukan Putrajaya dalam industri pelancongan negara.