Tea Amo perkenalkan minuman baharu Boba Sakura

0
19
Tea Amo memperkenalkan menu baharu iaitu Boba Sakura

CYBERJAYA – Jenama minuman teh boba popular, Tea Amo kini tampil memperkenalkan minuman baharu iaitu Boba Sakura.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tea Amo, minuman baharu itu diperkenalkan bersempena ulang tahun ke-4 minuman teh boba popular itu.

“Sempena ulang tahun Tea Amo masuk tahun keempat, kami memperkenalkan menu baharu dan unik.

“Kami memperkenalkan menu Boba Sakura yang mengabungkan boba berwarna pink dan taufu, memberikan rasa keunikkan luar biasa,” katanya.

Tiga jenis pilihan kepada pelanggan iaitu Sakura Mango Milk, Sakura Strawberry Milk dan Sakura Manggo Passion Milk

Menu Boba Sakura menawakan tiga jenis pilihan kepada pelanggan iaitu Sakura Mango Milk, Sakura Strawberry Milk dan Sakura Manggo Passion Milk

“Menu baharu ini sudah  mula dijual kepada orang ramai di semua kiosk kami. Jadi, dapatkan Boba Pink Sakura hari ini dan berikan komen anda di media sosial kami,” katanya.

Ketika ini, terdapat 10 outlet wagon Tea Amo iaitu Aeon Big BTHO; Aeon Big Shah Alam Aeon Big Wangsa Maju; Aeon Big Ampang ; Aeon Big Klang; Aeon Big Kepong; Tea Amo Brainy Bunch HQ; Shell Greenwood, Gombak; Malakat Mall Cyberjaya dan Malakat Mall Masjid Tanah.

Jom dapatkan minuman Tea Amo sekarang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here