Tebing tasik runtuh ragut 8 nyawa pelancong di Brazil

0
53
Tangkap layar menunjukkan saat-saat kejadian tebing runtuh di Tasik Furnas, Minas Gerais.

RIO DE JANEIRO – Sekurang-kurangnya lapan dilaporkan terbunuh dengan berpuluh-puluh lagi cedera dan ada yang masih hilang dalam kejadian runtuhan tebing bukit batu kapur yang menimpa bot pelancong di Tasik Furnas, Minas Gerais Sabtu lalu.

Terdahulu, pihak berkuasa Brazil mengesahkan lebih 30 mangsa cedera dan dua lagi masih hilang ketika pencarian masuk hari ketiga semalam.

Kejadian dirakam oleh seorang penumpang di dalam sebuah lagi bot itu tular sejak semalam memaparkan saat-saat bongkah batu setinggi bangunan tiga tingkat itu tumbang menimpa beberapa buah bot pelancong.

Video yang tular di media sosial itu juga jelas menunjukkan beberapa bot yang berada berhampiran dibadai ombak yang terhasil daripada runtuhan bukit tersebut.

Sementara itu, satu lagi video yang disiarkan di media sosial menunjukkan minit sebelum kejadian berlaku, di mana beberapa orang memberi amaran bahawa ‘banyak batu jatuh’ dan menjerit kepada penghuni bot lain supaya menjauhi diri dari dinding batu tersebut.

Kawasan tasik Furnas yang menjadi tarikan pelancong untuk melihat keindahan alam semula jadi.

Portal berita Brazil G1 melaporkan bahawa anggota bomba percaya hujan lebat secara tiba-tiba menyebabkan batu-batu tersebut merekah dan jatuh ke dalam sungai.

Tasik Furnas merupakan kawasan tarikan pelancong yang menjadi persinggahan pelangcong untuk menyaksikan keindahan air terjun dan struktur batu seperti di Taman Negara Zhangjiajie di China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here