Tentera pakatan lancar serangan udara ke atas Yemen

0
90
Gambar media sosial menunjukkan bom-bom yang digugurkan oleh pesawat pejuang tentera perikatan mengenai sasaran di Sanaa.

JEDDAH – Pasukan bersekutu pimpinan Arab Saudi dilaporkan melancarkan serangan udara ke atas Yemen, hari ini.

Laporan portal Khaleej Times menyebut, serangan tersebut menyasarkan kem penempatan militia Houthi, termasuk ibukota Sanaa yang berada dalam kawalan mereka.

“Sebagai tindak balas terhadap ancaman dan keperluan ketenteraan, (kami) mula melancarkan serangan udara ke atas Sanaa,” kata satu kenyataan yang dimuat naik di akaun twitter rasmi Saudi Agency Press.

Dalam satu paparan yang dimuat naik kemudian, operasi tersebut akan dilangsungkan selama 24 jam, dan menyeru orang awam supaya menjauhkan diri dari kawasan kem militia Houthi.

Sementara itu, portal Saudi Gazzette menyebut, antara sasaran yang berjaya dimusnahkan dalam serangan itu termasuk dua buah pelancar peluru berpandu balistik.

Setakat ini, difahamkan 14 individu terbunuh dalam serangan udara tersebut.

Serangan udara itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan dron bunuh diri yang dilancarkan ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here