Teruknya memandu di Persiaran Apec, Cyber 10

0
228
PENUNGGANG motosikal melalui permukaan jalan raya rosak dan berlopak di Persiaran Apec dari persimpangan Cyber 8 di Cyberjaya 8 menuju ke arah Cyber 10. Foto MALAKAT TRIBUNE/ FARID JANUDIN

CYBERJAYA – “Sudah lebih dua tahun saya menggunakan laluan ini. Kerosakan semakin parah tapi nampak gaya macam tidak pernah dibaiki,” keluh pengguna Persiaran Apec dari persimpangan Cyber 8 menuju ke arah Cyber 10 di sini.

Bermula daripada persimpangan Cyber 8, laluan Apec sepanjang kira-kira lima kilometer yang berakhir di persimpangan Persiaran Sepang di sini boleh dikata bagai terbiar dan terpinggirkan.

Tinjauan Malakat Tribune di laluan ini mendapati keadaan jalan raya yang berlopak dan beralun di kawasan itu amat berbahaya kepada pengguna.

Pengalaman memandu sambil berayun dan terbuai di laluan itu mengingatkan penulis kepada jalan di kawasan perumahan Lestari Perdana di Seri Kembangan yang kini sudah dibaiki dengan baik.

Penunggang motosikal yang hanya ingin dikenali sebagai Fazz berkata, laluan di Persiaran Apec yang bersambung dengan Persiaran Sepang di Cyber 10 itu boleh mengundang kemalangan kerana terlalu banyak bonggol dan permukaan jalan yang rosak.

Peta laluan Persiaran Apec yang menghubungkan Cyber 8 dengan Cyber 10 di Cyberjaya, Selangor.

Katanya, keselamatannya ketika berulang-alik ke tempat kerja semakin terancam apabila hari hujan kerana ada permukaan jalan yang berpasir dan berlopak.

“Pernah beberapa kali saya hampir terjatuh semasa melalui kawasan air bertakung. Keadaan ini juga berbahaya kepada pemandu kereta.

“Saya harap pihak berkuasa sama ada Jabatan Kerja Raya atau Majlis Perbandaran Sepang dapat turun untuk memantau jalan ini kerana sangat berbahaya terutama kepada pengguna kali pertama,” katanya.

Penunggang FoodPanda, Shamiza berkata, selain keadaan jalan yang tidak diselenggara dengan baik, laluan yang terpencil ini juga menjadi tumpuan anjing-anjing liar yang mengundang kemalangan pada waktu malam.

“Ada beberapa kali juga saya melalui jalan ini dari Cyber 8 untuk menghantar makanan ke Cyber 10. Ada bahagian yang gelap dan agak seram.

“Saya rasa sebab itu ramai yang mengelak untuk melalui jalan ini,” katanya.

Anjing liar yang kerap ditemui di Persiaran Apec, Cyberjaya, Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here