Thailand benarkan penanaman pokok ganja

0
42
Beberapa negara di dunia membenarkan penanaman pokok ganja atau marijuana untuk kegunaan sendiri dan perubatan. Gambar hiasan.

BANGKOK – Thailand bakal menjadi negara pertama di rantau ini yang membenarkan penanaman pokok ganja untuk tujuan bukan komersial.

Menteri Kesihatannya, Anutin Charnvirakul berkata, di bawah peraturan baharu itu orang ramai dibenarkan menanam pokok ganja dengan syarat memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, ganja tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial tanpa permohonan lesen.

Katanya, peraturan itu mesti diterbitkan secara rasmi dalam Warta Diraja untuk tempoh 120 hari sebelum tumbuhan itu dianggap sah ditanam di rumah.

Bagi kesalahan penanaman ganja secara haram tanpa pemberitahuan kepada kerajaan, pesalah akan didenda sehingga 20,000 baht atau sehingga 300,000 baht atau tiga tahu penjara atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, langkah itu adalah yang terbaharu dalam rancangan Thailand untuk mempromosikan ganja sebagai tanaman tunai.

Lembaga Narkotik Thailand juga akan mengeluarkan ganja daripada senarai dadah sekaligus membenarkan peraturan itu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Thailand minggu ini akan membentangkan draf Rang Undang-Undang berasingan kepada Parlimen yang menyatakan butiran penggunaan ganja secara sah, termasuk pengeluaran, penggunaan komersialnya serta garis panduan.

Sebelum ini, Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang menghalalkan ganja pada 2018 untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan.

Ganja buatan sendiri harus digunakan untuk tujuan perubatan seperti perubatan tradisional, kata Ketua Pengawal Selia Makanan dan Dadah, Paisal Dankhum.

Ini kerana, kira-kira satu pertiga daripada tenaga buruh negara itu bekerja dalam bidang pertanian,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here