
CYBERJAYA – Suntikan dos penggalak (booster dose) secara ‘walk-in‘ tidak lagi diberikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara terus tanpa temu janji atau PPV Walk-In.
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) memaklumkan, tindakan itu susulan laporan orang ramai beratur panjang sehingga menyebabkan kesesakan berlaku di beberapa PPV di Lembah Klang.
Menurut laporan The Star, Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata, hanya mereka yang menerima tarikh temu janji di aplikasi MySejahtera sahaja akan dibenarkan untuk mengambil dos penggalak di PPV.
Bagaimanapun, mereka yang layak dan memerlukan dos penggalak dengan segera namun masih belum menerima temu janji, boleh mendaftar dalam senarai menunggu di PPV pilihan mereka.
Ia boleh dibuat dengan melayari laman sesawang protecthelath.com.my dan boleh memilih PPV pilihan masing-masing.