
PUTRAJAYA – Tiada kumpulan orang kenamaan (VVIP) dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) positif Covid-19 ketika ini.
Perkara berkenaan dinyatakan oleh MAFI dalam hantaran di Facebook rasmi kementerian terbabit selepas tular dakwaan di laman twitter hari ini.
“Sehingga kini tiada VVIP positif Covid-19 malah MAFI sentiasa menjalankan pemantauan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai maklumat yang tular tanpa sumber yang sahih.
“Sebaliknya sentiasa membuat semakan fakta di laman sesawang dan media sosial rasmi kementerian, jabatan serta agensi untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih,” kata MAFI.
Ketika ini tular dakwaan oleh seorang pengguna Twitter yang mengatakan terdapat kumpulan VVIP di MAFI positif Covid-19.