Tidak salah tiru jenama yang sudah berjaya-Coach Fadzil

0
28
Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Coach Mohd Fadzil Hashim

CYBERJAYA- Strategi terbaik bagi mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan ialah ‘copy the successful brand’ iaitu jalan pintas untuk mencipta perniagaan melalui kejayaan jenama lain.

Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Coach Mohd Fadzil Hashim berkata, melalui strategi ini, usahawan perlu melihat apa yang terbaik dalam perniagaan yang ingin ditiru itu.

“ Kalau kita nak buat bisnes, pilihlah sesebuah syarikat sebagai penanda aras. Syarikat itu tidak semestinya pesaing. Dengan cara ini kita boleh tahu di mana kita bila dibandingkan dengan mereka.

“Saya berada di Instanbul, baru selesai berurusan dengan  bank. Saya nampak sebuah kedai kopi di sini macam Starbucks. Saya nak share satu teknik untuk berjaya terutama dalam perniagaan, khususnya yang tak banyak idea.

“Kalau nak buat bisnes tak tahu, atau dah ada bisnes tak tahu bagaimana hendak besarkan; salah satu cara terbaik strategi ialah ‘copy the successful brand.’ Kafe Yemen Kahvesi yang saya nampak ini meniru Starbucks. 

“Bila kita copy, kita dapat jalan pintas untuk mencipta perniagaan itu. Kita ambil the best practice. Saya selalu gunakan AirAsia sebagai benchmark syarikat,” katanya dalam sesi live di Facebooknya semalam.

Mengulas lanjut, Coach Fadzil berkata, pihaknya di Brainy Bunch mengambil sekolah Kumon sebagai penanda aras. 

“Kumon bukannya pesaing kami. Tetapi Kumon ada 10 juta pelajar di merata dunia. Jadi, macam mana kita hendak dapatkan sejuta ataupun 10 juta pelajar seperti mereka? 

“Bagaimana kita boleh jadi lebih baik daripada mereka ataupun sekurang-kurangnya seperti mereka? Seperti syarikat Kembara Sufi sebagai syarikat pelancongan, penanda aras yang boleh diambil ialah syarikat Thomas Cook, (sebuah agensi pelancongan) “ katanya.

Sementara itu katanya, usahawan perlu gunakan penanda aras syarikat yang dipilih sebagai rujukan dan jangan ‘tiru’ sebijik-sebijik .

“Kita boleh pilih syarikat yang seakan-akan ataupun kita ambil kisah kejayaan atau niche mereka. Jangan tiru sebijik-sebijik! Seperti kafe Yemen Kahvesi, dia meniru Starbucks tetapi ia besarkan lagi saiz premisnya.

“Gunakan penanda aras syarikat yang dipilih sebagai rujukan. Sewaktu kami buat sekolah dahulu, saya mengkaji Sekolah Sri Kuala Lumpur, saya kaji Sekolah Sri KDU. Kami muat turun laporan SSM untuk mengkaji pendapatan dan untung-rugi mereka.

“Kita tak perlu tahu segala-galanya bila hendak memulakan bisnes. Kita hanya perlu mulakan dan kaji dan dapatkan pengesahkan dari kawan-kawan. Sekarang ada media sosial dan ini memudahkan kita mendapatkan pandangan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, usahawan juga perlu membuat kajian jenama yang hendak diikuti dan bina jenama sendiri seperti jenama yang berjaya itu. 

“Selalu adakan kajian perbandingan dengan mereka. Cuma jangan tiru 100 peratus. Kita cuma ambil konsepnya dan buat inovasi. Ambil idea mereka, jadikan idea anda yang diubahsuai menurut citarasa anda,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here