Tiga terbunuh insiden letupan di kapal perang India

0
32
Kapal INS Ranvir mula memasuki perkhidmatan Tentera Laut India pada tahun 1986.

NEW DELHI – Sebuah kapal tentera laut India dilaporkan mengalami ‘kemalangan’ semalam menyebabkan tiga anak kapalnya terkorban.

Portal News18 menyebut, letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas itu turut mencederakan 11 yang lain.

Kejadian itu berlaku ketika kapal pemusnah peluru berpandu, INS Ranvir sedang berlabuh di limbungan laut Mumbai.

Satu sumber menyebut, letupan itu tidak mempunyai kaitan dengan sebarang senjata yang dibawa oleh kapal itu.

Buat masa ini, satu panel siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar kejadian, kata Kementerian Pertahanan.

Kapal INV Ranvir merupakan kapal pemusnah kelas Rajput yang dibina oleh India.

Mula memasuki perkhidmatan sejak 1986, kapal tersebut dibina berasaskan kapal pemusnah kelas Kashin milik Soviet Union.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here