Tohmahan dan serangan terhadap Azam bermotifkan politik dendam -SPRM

0
35


Tan Sri Azam Baki

CYBERJAYA- Tiga Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpendirian bahawa tohmahan dan serangan yang dibuat terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti suruhanjaya itu.

Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi), Datuk Seri Norazlan Razali (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan) dan Datuk Junipah Wandi (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan dan Profesionalisme) menyatakan pendirian itu dalam kenyataan bersama hari ini.

Ketiga-tiga Timbalan Ketua Pesuruhjaya itu yang mewakili seluruh warga SPRM juga turut menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Azam.

“Kami berpendirian bahawa tohmahan dan serangan yang dibuat adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.

“Kami menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus dan saksama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu katanya, seluruh SPRM tetap bersatu hati dalam mempertahankan institusi Ketua Pesuruhjaya dan SPRM demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara tercinta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here