Trafik perlahan ke utara dan timur

0
19
Trafik perlahan ketika ini ekoran pertambahan kenderaan untuk pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baharu Cina

CYBERJAYA – Aliran trafik ketika ini bergerak perlahan menuju ke arah utara dan timur pada pagi ini susulan pertambahan kenderaan.

Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata, keadaan trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai berikutan pertambahan jumlah kenderaan sejak pukul 7 pagi.

Sementara itu di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1), trafik dilaporkan perlahan di beberapa laluan termasuk sebelum Plaza Tol Bentong ke arah timur.

“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika memandu dan mematuhi jarak selamat kenderaan,” kata LLM di media sosialnya pagi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here