Tun M kini di CCU IJN

0
49
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR- Sah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini berada di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh jurucakap bekas perdana menteri itu ketika diminta mengulas mengenai keadaan Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Ya, beliau berada di CCU,” katanya.

Ketika ini, pengamak media tempatan dan antarabangsa sedang menanti di perkarangan IJN sejak jam 1 petang tadi untuk mengetahui perkembangan semasa.

Sebelum ini, IJN memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat berhubung keadaan Dr Mahathir.

Pada 13 januari, Dr Mahathir dibenarkan pulang ke rumah selepas beberapa hari menerima rawatan di IJN pada jam 3.45 petang Khamis.

Pada 7 Januari lalu, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu sekali lagi dimasukkan ke IJN hanya 16 hari selepas keluar daripada pusat perubatan itu pada Disember.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here