UAE berjaya pintas dua peluru berpandu balistik

0
73
Sistem pertahanan udara UAE mengaplikasi sistem THAAD.

DUBAI – Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya memintas dan memusnahkan dua buah peluru berpandu balistik yang disasarkan ke arah Abu Dhabi, awal pagi tadi.

Serangan itu dipercayai dilancarkan oleh militia Houthi dari Yemen, kata Reuters.

“Serpihan peluru berpandu itu jatuh di beberapa kawasan di Abu Dhabi,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.

Serangan itu itu merupakan serangan kedua ke atas Abu Dhabi dalam masa seminggu.

Pada minggu lepas, tiga dilaporkan terbunuh dalam serangan dron bunuh diri di sebuah loji pemprosesan minyak.

Sementara itu, di Yemen, stesen televisyen Al-Masirah yang dikuasai pihak militia berkata, “mereka akan mengumumkan satu operasi ketenteraan besar-besaran terhadap Arab Saudi dan UAE dalam masa beberapa jam lagi.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here