Urusan Suruhanjaya dimaklumkan hanya menerusi saluran rasmi – SKMM

0
15

CYBERJAYA – Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak pernah terlibat dalam sebarang peraduan berkaitan pemberian hadiah saguhati terutamanya yang membabitkan mana-mana syarikat telekomunikasi.

Kata SKMM dalam satu kenyataan hari ini, perkara tersebut berbangkit susulan wujudnya tindakan oleh pihak tidak dikenali menyamar sebagai pegawai SKMM.

“Individu itu dipercayai meminta para pengguna memaklumkan kepada pihak Suruhanjaya sekiranya telah menerima sebarang surat atau pemberitahuan loteri daripada mana-mana emel atau syarikat yang mencurigakan,” kata SKMM dalam kenyataan itu.

Jelasnya, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai sesuatu urusan berkaitan dengan Suruhanjaya akan dilakukan mengikut saluran rasmi seperti laman sesawang ataupun menerusi platform media sosial Suruhanjaya dan bukannya menggunakan nama individu tertentu serta penggunaan bahasa yang meragukan.

“SKMM menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan e-mel sedemikian dan segera laporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here