[VIDEO] Jika belum ajal…

0
56

JAKARTA – Seorang pengawal keselamatan nyaris maut setelah dia disambar petir pada 20 Disember lalu.

Menurut portal Jawa News, Abdul Rosyid,35, pada waktu itu sedang bertugas di sebuah gudang di bandar Cilincing Jakarta Utara.

Jika belum ajal...

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamkan kejadian Rosyid disambar petir itu.

Setelah disambar petir, Rosyid kelihatan mampu bergerak sedikit, namun akhirnya terus kaku terbaring.

Rakan-rakan setugas kemudiannya kelihatan menyerbu kearahnya.

“Yang boleh bergerak hanyalah hujung jari tangan dan kaki,” kata Rosyid kepada portal tersebut, baru-baru ini.

Ketika kejadian, Rosyid sedang memegang payung dan sebuah walkie-talkie.

Susulan kejadian, Rosyid mengalami kecederaan terbakar di 65 peratus badannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here