Wanita UMNO dalam ‘mood’ siap siaga, bersedia hadapi PRN Johor

0
20
Datuk Norshida Ibrahim (kiri) menghadiri program bersama dengan Wanita UMNO Batu Pahat hari ini.

CYBERJAYA – Meskipun tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih menjadi ‘misteri’ dan tanda tanya, sayap Wanita UMNO di pelbagai peringkat di negeri itu sudah bersedia untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti besar.

Menurut Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim, pihaknya sentiasa dalam keadaan bersedia dan bersiap siaga untuk sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak pimpinan parti.

“Sama ada PRN berlangsung atau tidak dalam jangka masa terdekat ini, jentera Wanita sentiasa dalam ‘mood’ siap siaga dan bersedia.

“Jentera Wanita di setiap peringkat sentiasa komited memastikan UMNO dan BN menang dengan majoriti yang besar,seterusnya menjadi teraju pemerintahan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri program
bersama dengan Wanita UMNO Batu Pahat dalam Perjumpaan Ketua Wanita Cawangan & Penyelaras JR PDM memberi Taklimat & Gerak Kerja Penerangan Wanita dan Cyber Rangers Wanita di peringkat Bahagian.

Desas desus pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semakin bertiup kecang selepas Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dijadualkan akan mengadakan sidang media khas esok.

Dipercayai beliau akan mengumumkan pembubaran DUN Johor selepas selesai mempengerusikan pertemuan dengan kesemua Ketua UMNO Bahagian di Johor.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here