Wealthpier sasar tingkat potensi usahawan PKS ke peringkat global

0
16
Ketua Pegawai Eksekutif Wealthpier Berhad, Muhammad Azim Ishuddin ( Kanan) bergambar bersama-sama peneraju Wealthpier, Dr. Wong Jeh Shyan ( dua dari kanan), Pengarah Urusan Wealthpier, Idayu Ideris (dua dari kiri) dan Nazril Idrus (kiri) .

CYBERJAYA – Golongan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini dipelawa untuk menyertai seminar perniagaan untuk meluaskan rantaian perniagaan dalam persekitaran korporat dan berstrategi.

Seminar Business Network Roadshow (BNR) anjuran syarikat perunding perniagaan dan pegangan pelaburan, Wealthpier Berhad itu turut membuka peluang kepada peserta
meningkatkan pengurusan syarikat ke arah lebih profesional dan mampu berdaya saing di mata dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Wealthpier Berhad, Muhammad Azim Ishuddin berkata, salah satu daripada fokus utama seminar itu adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap situasi semasa termasuk menarik pelabur untuk mengembangkan perniagaan.

“Matlamat program ini adalah untuk membina rantaian perniagaan dalam kalangan syarikat-syarikat yang hadir dengan para pelabur undangan.

“Peluang ini dibuka dalam satu dewan yang sama yang mana peserta dapat berkenalan, mengenal pasti potensi dan bersuai kenal dengan syarikat-syarikat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program BNR dan majlis Makan Malam Gala bertempat di Star Boulevard KLCC anjuran Wealthpier Berhad di sini baru-baru ini.

Seterusnya kumpulan peserta akan dibimbing oleh Perunding Perniagaan jemputan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Precession Capital Berhad, Nazril Idrus yang berpengalaman membimbing 700 individu dalam program Advance Business Class (ABC) kendaliannya sejak 2017.

Nazril ketika ditemui berkata, peserta program ABC akan diberi pendedahan dan ilmu berguna mengenai hala tuju syarikat, ilmu mengenai cara untuk melaksanakan mekanisme pasaran modal, pengurusan kewangan dan juga tadbir urus korporat.

“Ramai usahawan di negara ini masih tidak tahu mengenai pelbagai aspek berkaitan tadbir urus korporat, hala tuju untuk menilai syarikat sedia ada di pasaran dan juga merancang secara serius untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

“Isu yang lebih menarik, ada yang tidak tahu cara untuk proses penyenaraian dan mereka tidak melihat potensinya untuk jangka masa panjang,” katanya.

Sementara itu Muhamad Azim berkata, dalam BNR yang diadakan sebelum ini, Wealthpier berjaya memadankan kerjasama antara syarikat dengan pelabur dengan nilai sebanyak RM3 juta.

“Mereka yang berminat akan berpeluang untuk menilai, membanding idea dan pengurusan bisnes lebih mantap dengan kenalan baru dan para pelabur,” katanya.

Usahawan dan syarikat yang berminat menyertai BNR boleh menghubungi pihak penganjur untuk kemaskini majlis dan lokasi dengan melayari laman web http://www.wealthpierberhad.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here