YADIM tumpukan dakwah pada 2022

0
41
Nasrudin (tengah) sedang meneliti buku laporan Bulan Dakwah YADIM 2.0 sambil diperhatikan oleh Tuan Kamarul Arief (kiri).

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan memfokuskan tumpuan pada pengembangan dakwah dan mengurangkan tumpuan pada tugas kebajikan pada tahun ini.

Menurut Yang DiPertua YADIM, Nasrudin Hassan, selaras dengan matlamat penubuhannya, YADIM harus bertindak sebagai titik utama gerakan dakwah, dan bukannya aktiviti lain.

“Saya harap ini tidak disalah ertikan oleh masyarakat. Bukan bermakna kita tidak prihatin, tetapi sudah banyak pihak yang berkecimpung dalam kebajikan.

“Jika perlu, kita akan berkolaborasi dengan pihak berkenaan,” kata Nasrudin.

Katanya, beliau mahu kos yang diperuntukkan kepada YADIM dapat disalurkan kepada sektor dakwah secara langsung bagi memberi kefahamanan Islam kepada masyarakat.

“Hari ini masyarakat kita sedang berdepan dengan gejala sosial yang begitu tenat, dan juga ajaran yang salah.

“Ini semua perlukan pencerahan kepada masyarakat, kita perlukan tenaga pendakwah yang ramai,” kata Nasrudin hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sejurus hadir pada Majlis Penutup Bulan Dakwah YADIM 2021 dan Penyampaian Sijil Malaysia Book Of Record program Tazkirah 24 Jam Tanpa Henti Sirah Nabawiyyah Rahiq Al Makhtum sempena Maulidur Rasul 1443H di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here