11 rakyat Malaysia di Ukraine akan dipindahkan – Ismail Sabri

0
36
Salah satu lokasi di Ukraine yang dibom tentera Rusia, hari ini.

CYBERJAYA – Kesemua 11 warganegara Malaysia yang masih berada di Ukraine akan dipindahkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pihak Kedutaan Malaysia sudah berhubung dengan mereka.

“Kedutaan Besar Malaysia (di Kyiv) kini sedang berhubung dengan rakyat Malaysia. Mereka yang berada di luar Kyiv sedang dalam perancangan untuk keluar.

“Mereka yang berada di Kyiv akan berkumpul di Kedutaan,” katanya.

Jelas Ismail Sabri lagi, lapan rakyat Malaysia berada di Kyiv, manakala selebihnya berada di luar ibu kota tersebut.

“Saya dimaklumkan terdapat 23 warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv, 12 orang telah pulang ke tanah air, manakala 11 orang masih di sana.

“Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah memastikan Keluarga Malaysia di Ukraine berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, Malaysia berharap konflik antara Ukraine dan Rusia dapat diselesaikan secara damai.

Terdahulu, media hari ini melaporkan pasukan tentera darat Rusia memasuki Ukraine daripada pelbagai arah, beberapa jam selepas Presidennya, Vladimir Putin mengumumkan serangan besar-besaran.

Putin mengisytiharkan perang terhadap Ukraine tanpa menghiraukan desakan Barat dan negara lain supaya tidak berbuat demikian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here