
CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan terus merekodkan pertambahan jumlah kes harian COvid-19 dengan 11,043 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Untuk tempoh yang sama semalam, negara menyaksikan peningkatan kes mencecah 5 angka dalam tempoh 3 bulan lalu iaitu sebanyak 10,089 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut menjadikan kumulatif kes wabak itu kini mencecah 2,925,254.
Kali terakhir negara mencatatkan kes sehingga 10,000 kes adalah pada 2 Oktober tahun lalu dengan 10,915 kes dicatatkan.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka membuat beberapa pengumuman penting pukul 5 petang ini.