13,944 kes Covid-19 dilaporkan hari ini, pesakit perlu bantuan pernafasan di ICU juga meningkat

0
23
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kes jangkitan Covid-19 terus melonjak naik dengan 13,944 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noorhisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,939,198 kes.

Beliau berkata, secara keseluruhan sebanyak 74,561 kes aktif dilaporkan.

Katanya, sebanyak 87.9 peratus pesakit dikuarantin di rumah manakala 6.3 peratus berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 5.6 peratus pesakit sedang mendapat rawatan di hospital.

Dr Noorhisham berkata, berbanding semalam, jumlah pesakit yang berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa memerlukan bantuan pernafasan turun kepada 54 pesakit hari ini.

Bagaimanapun katanya, jumlah pesakit yang dirawat di ICU dengan bantuan pernafasan meningkat 10 orang kepada 81 pesakit hari ini berbanding semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here