15 peratus kanak-kanak berdaftar untuk PICKids setakat semalam – Khairy

0
14
KHAIRY JAMALUDDIN

CYBERJAYA – Seramai 517,107 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun di negara ini telah didaftarkan oleh ibu bapa mereka untuk menerima vaksin Pfizer Covid-19 setakat semalam.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, angka itu merangkumi kira-kira 15% daripada jumlah keseluruhan 3.6 juta kanak-kanak.

“Permulaan yang baik dan @KKMPutrajaya (Kementerian Kesihatan) akan terus menyampaikan maklumat mengenai faedah mendapatkan suntikan vaksinasi,” kata Khairy Jamaluddin dalam ciapannya, hari ini.

Beliau turut menyatakan harapan supaya hampir separuh daripada kanak-kanak di Malaysia akan mendapatkan suntikan vaksin menjelang akhir bulan ini.

Katanya lagi, pautan bagi tempahan Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-kanak (PICKids) telah dimuat naik berdasarkan tarikh pendaftaran, dan ibu bapa yang tidak menerima pautan akan mendapatkannya tidak lama lagi.

Khairy Jamaluddin turut berkongsi infografik mengenai pendaftaran PICKids yang menunjukkan Selangor mempunyai jumlah pendaftaran tertinggi setakat semalam dengan 131,500 kanak-kanak manakala Labuan mencatatkan pendaftaran terendah dengan 900 kanak-kanak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here