3 pemain Harimau Malaya B-23 disahkan positif Covid-19

0
10
Ketua Jurulatih B-23 Kebangsaan, Brad Maloney

CYBERJAYA – Tiga pemain skuad Harimau Malaya B-23 telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian pantas antigen (ART) di hotel penginapan di Phnom Penh, Kemboja, pagi tadi.

Ketua Jurulatih B-23 Kebangsaan, Brad Maloney berkata, tiga pemain tersebut ialah Abdul Hanafie Tokyo, Zainal Abidin Jamil dan T. Saravanan.

“Selain itu, penolong jurulatih, Khan Hung Meng juga telah disahkan positif Covid-19.

“Ketiga-tiga pemain serta penolong jurulatih berkenaan telah diasingkan serta-merta daripada aktiviti bersama pasukan dan akan menjalani ujian PCR, pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, dua pemain yang sebelum ini telah positif Covid-19 ketika ujian PCR setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh iaitu Fahmi Daniel Zaaim dan Shafi Azswad Sapari dijangka bebas daripada tempoh isolasi masing-masing, hari ini atau esok.

Katanya, ia tertakluk kepada keputusan ujian PCR terkini mereka sebelum dibenar kembali menyertai latihan bersama pasukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here