
KUALA LUMPUR – Empat sekeluarga maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Lebuhraya Sultan Iskandar di sini pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, dalam kejadian pukul 10.40 pagi itu, mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex dirempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang hilang kawalan,
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 10.52 pagi.
“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi anggota melakukan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kataya, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai P Milan Damani, 32; C Thinisha, 31 dan dua kanak-kanak lelaki D Ishaan Ivaan, 3 serta D Rihaan Ivaan, 4.
Sementara itu katanya, pemandu Toyota Hilux hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.