52.6 peratus populasi dewasa terima dos penggalak

0
4
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Sebanyak 12,307,360 individu yang bersamaan dengan 52.6 peratus individu dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 setakat semalam.

Data terkini di laman web COVIDNOW turut menunjukkan, sejumlah 22,929,020 individu atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.2 peratus atau 23,222,612 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara
12 dan 17 tahun, sejumlah 2,791,080
individu atau 88.7 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,868,945 individu atau 91.2 peratus telah
menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 73,328 dos diberikan semalam meliputi 15,673 dos pertama, 782 sebagai dos kedua dan 56,873 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,914,165 dos.

Sementara itu, portal Github Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 14 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan lima di Selangor, empat di
Sabah, dua di Kuala Lumpur manakala satu kematian direkodkan di Johor, Negeri Sembilan dan Perak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here