[VIDEO] 6 juta undi keluarga industri pengangkutan darat untuk parti politik

0
76
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ketika berucap pada Majlis Penyerahan Memorandum PPDM kepada wakil parti politik di Cyberjaya.

CYBERJAYA – Kira-kira 6 juta undi pemain industri pengangkutan darat bersama keluarga menanti mana-mana parti politik di negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penaung Pertubuhan Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM), Datuk Nadzim Johan berkata, itu janji ahli-ahli PPDM sekiranya nasib mereka dibela.

6 juta undi keluarga industri pengangkutan darat untuk parti politik

Nadzim yang juga merupakan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, sebelum ini, PPDM telah menghantar pelbagai surat namun tidak dilayan.

“Saya difahamkan, dalam industri ini (PPDM) ada lebih sejuta ahli. Jadi, jika dicampurkan dengan ahli keluarga mereka ada kira-kira 6 juta pengundi yang boleh jadi penentu pada PRU-15.

“Pilihan kini berada di tangan parti-parti politik,” kata Nadzim atau lebih dikenali sebagai Toqqi dalam sidang akhbar di Kompleks Brainy Bunch di Cyberjaya hari ini.

Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia, Kamaruddin Hussain menyerahkan memorandum PPDM kepada Ketua Penerangan Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil di Cyberjaya.

Terdahulu, Nadzim menyaksikan Ketua Aktivis PPDM, Kamarudin Mohd Hussain menyerahkan memorandum PPDM mengenai tuntutan pemain industri E-Hailing, P-Hailing, lori dan bas kepada wakil-wakil parti politik. 

Sementara itu, Kamaruddin berkata, PPDM tidak berhasrat untuk didaftarkan sebagai parti politik sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi parti-parti politik sebelum PRU-15.

Katanya, PPDM perlu menunggu maklum balas daripada parti-parti politik sebelum membuat sebarang tindakan selanjutnya.

“Kami yakin dalam banyak parti yang akan bertanding dalam PRU15 nanti, ada satu atau dua parti benar-benar tulus ikhlas nak menyelesaikan masalah rakyat termasuk masalah kami.

“Saya tak tahulah UMNO ker… PKR ker… tak kisah lah tapi semua parti kita telah hantar surat. Ada yang datang, ada yang tak datang, tak dapat dihubungi dan sebagainya, jadi kita tunggu dan lihat,” katanya.

haha Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia, Kamaruddin Hussain dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bersama-sama wakil parti politik selepas sesi penyerahan memorandum PPDM di Cyberjaya.

Dalam pada itu katanya, sekiranya PPDM dijadikan parti politik, ia hanya akan menyebabkan ahli persatuan itu berpecah-belah kerana ramai di antara mereka berada di dalam parti sedia ada.

“Dalam keadaan hari ini kita perlu melihat beberapa aspek, kita kena faham rakan-rakan kita mempunyai fahaman politik yang berbeza-beza.

“Ada rakan-rakan kita yang mempunyai jawatan dalam parti, kalau kita wujudkan parti kemudian dia nak sertai parti kita, ia boleh mewujudkan perpecahan di antara kita,” katanya.

Sehununhan itu katanya, serahan memorandum itu sendiri akan membuktikan parti politik mana yang benar-benar akan memperjuangkan tuntutan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here