61 peratus kematian Covid-19 libatkan warga emas

0
13
Sebanyak 67 peratus wargba emas di negara ini telah melengkapkan dos vaksin ketiga setakat 7 Februari lalu.

CYBERJAYA – Sebanyak 19,646 penduduk warga emas di negara ini telah menjadi korban Covid-19 sejak penularan pandemik itu sehingga 7 Feb lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu mewakili 61.3 peratus daripada keseluruhan kes kematian yang direkodkan berjumlah 32,034.

Beliau berkata, bagi kes positif pula, sebanyak 336,848 warga emas (11.5%) telah dijangkiti wabak Covid-19.

“Seramai 32,034 kematian telah dilaporkan di mana sebanyak 19,646 (61.3%) kes kematian Covid-19 adalah melibatkan warga emas. Lindungi warga emas daripada jangkitan Covid-19,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu Dr. Noor Hisham berkata, sehingga 7 Februari juga, sebanyak 3,335,309 (96%) warga emas telah lengkap dua dos vaksinasi Covid-19 dan 2,258,521. (67.7%) warga emas telah menerima dos penggalak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here