Akaun WhatApps. Telegram Ahmad Zahid digodam

0
20
Tangkap layar yang dikongsikan Ahmad Zahid di Twitternya hari ini.

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memaklumkan akaun aplikasi WhatApps dan Telegram miliknya digodam.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam Twitternya hari ini berkata, beliau kini sedang dalam proses mendapatkan semula akaun tersebut.

“Akaun Telegram dan WhatsApp saya telah digodam. Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan,” katanya.

Melalui tangkap layar yang dikongsi, Ahmad Zahid mendakwa akaun WhatApps milik telah digunakan oleh individu tidak dikenali untuk meminjam wang.

“Boleh tolong transfer duit rm5000 ye. Insyallah petang sikit saya transfer balik.

“Boleh transfer sekarang ke acc kawan,” menurut tangkap layar perbualan yang dikongsikan Ahmad Zahid hari ini.

Tangkap layar perbualan individu yang menggunakan identiti Ahmad Zahid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here