
CYBERJAYA – Butik Anak Jantan milik Kumpulan Malakat Eco, yang popular dengan peragaan pakaian eksklusif dan segak kini menampilkan baju kemeja-t untuk kanak-kanak pada harga terbaik.
Set pilihan baju t-shirt yang ditawarkan pada harga RM29.90 sehelai ini didatangkan dalam enam warna dengan saiz bermula S sehingga XL.
Untuk lebih nilai perbelanjaan, empat helai kemeja berkain kapas dan berkualiti ini ditawarkan pada harga RM100 untuk dibawa pulang.
“Kami menawarkan tawaran terbaik dengan 4 helai baju, anda hanya perlu bayar RM100 tetapi stok adalah terhad. Tunggu apa lagi, serbu Anak Jantan hari ini,” menurut kenyataan Anak Jantan.
Maklumat lanjut mengenai tawaran ini boleh didapati dari talian 019-2688935.
Anak Jantan yang terletak di aras 1 Malakat Mall, Cyberjaya dikenali sebagai butik yang menawarkan set persalinan eksklusif maskulin seperti pilihan kut, kemeja, seluar slack, kasut, tali leher, jam tangan dan banyak lagi.
