Banjir: Laluan Pasir Mas-Rantau Panjang terputus hubungan

0
45
Siti Zailah Mohd Yusoff meninjau jalan yang terputus hubungan akibat banjir di Kelantan

PASIR MAS – Laluan utama yang menghubungkan Jalan Pasir Mas dan Rantau Panjang di sini tidak boleh dilalui kenderaan selepas dinaiki air banjir.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff, berikutan kejadian itu banyak kenderaan terkandas di atas jalan raya.

“Saya yang juga dalam perjalanan ke kampung-kampung berhampiran turut bersama mereka yang terkandas di sini.

“Bagi mendapatkan butiran lanjut, saya telah berjumpa dengan pihak bomba dan polis yang sedang mengawal keadaan lalu lintas di sepanjang laluan ini,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Siti Zailah turut menasihatkan kepada pemandu supaya berhati-hati ketika meredah arus banjir.

Pada masa sama, beliau juga menasihatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa dan menjaga keselamatan diri.

Terdahulu beberapa kawasan di Rantau Panjang dan Pasir Mas ditenggalami air bah selepas hujan lebat sejak semalam.

Malah terdapat pusat pemindahan sementara (PPS) yang turut dinaiki air sehingga perlu dipindahkan ke lokasi lebih selamat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here