Bazar Ramadan dibenarkan di Wilayah Persekutuan

0
12
Bazar Ramadan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, operasi bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan dibenarkan.

Shahidan berkata, pengoperasian bazar Ramadan berkenaan dibenarkan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Lesen bazar Ramadan akan diberikan kepada peniaga. Kita buka seluas-luasnya untuk peniaga bagi mengelakkan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menjual lesen kepada pihak lain,” katanya.

Shahidan berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa meninjau Agrobazaar dan Karnival Food Truck, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Rosidah Jaafar.

Menurut Shahidan, peluang itu wajar diberikan kepada peniaga bagi membantu golongan itu pada pasca Covid-19.

“Dalam keadaan sekarang kita mahu menggerakkan ekonomi peniaga,” katanya.

Mengulas mengenai kebimbangan mengenai peningkatan kes Covid-19, Shahidan berkata, pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan.

“Kita ikuti perkembangan dari semasa ke semasa, perjumpaan adalah tidak digalakkan tetapi aktiviti ekonomi terus berjalan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here